Monday 24 October 2011

Ikan yang Lebih Bahaya dari Piranha


Ikan apakah lebih ganas dari piranha? inilah ikan yang lebih ganas dari piranha, Namanya adalah Candiru – Canndiru sangat berbahaya melebihi piranha.Mengapa? ikan yang banyak terdapat di Sungai Amazon ini makanannya adalah darah mangsanya.
Bau kencing manusia akan menjadi tarikannya, dan dia dapat masuk ke dalam kemaluan lelaki dan wanita.
Satu-satunya cara mengeluarkannya adalah melalui pembedahan. Jadi jangan kencing di Sungai Amazon jika berenang atau menyelam di sana jika tidak ingin dibedah.



 Candiru (bahasa Inggeris dan bahasa Portugis) atau candirú (bahasa Sepanyol), juga dikenali sebagai cañero atau ikan cungkil gigi, adalah sejumlah genere ikan air tawar parasit bermisai ("catfish") dalam keluarga Trichomycteridae; kesemuanya tempatan di Sungai Amazon. Sungguhpun sesetengah spesies diketahui membesar sehingga bersaiz 16 inci (~50 cm) panjang, yang lain agak kecil. Spesies kecil ini diketahui dituduh cenderung untuk menceroboh dan memasuki urethra manusia; walaupun laporan ethnologikal berarikh sehingga akhir abad ke-19,[1] kes yang direkod candiru menjadi parasit manusia tidak berlaku sehingga 1997.

Alga Hijau di laut

Di Qingdoo, Wilayah Shandong , China, kawasan perairan pesisir pantai diseliputi alga yang di panggil enteromopha prolifera. Alga ini tidak berbahaya dan tidak memjejaskan kualiti air namun terdapat kebimbangan yang ia akan menjejaskan kehidupan marin dan sektor perlancongan.
Jadi apakah sebenarnya yang sedang berlaku?
Menurut sumber dari CNN, para penyelidik masih belum pasti apakah penyebab kepada kejadian hijau ini. Salah satu penyelidik mengatakan bahawa kemungkinan kedatangan alga hijau ini adalah disebabkan dengan perubahan dalam persekitaran tapi tidak boleh menerangkan maksud secara detail.
Bagaimanapun pemandangan kehijauan ini telah melahirkan beberapa gambar yang menarik. Dalam sesetangah gambar, alga tersebut yang kini meliputi 200 batu persegi Lautan Kuning menyerupai gambar golf course.


:geli tengok alga 2....hehhehe

Manusia Berkepala Anjing

Biasanya orang membuat pembedahan muka supaya makin cantik, tetapi sebaliknya seorang pemuda Brazil cuba melawan fitrah alam. Ternyata dia tidak bersyukur dengan wajah yang sempurna dicipta Allah dengan menukar mukanya kepada muka anjing atau manusia berkepala anjing dengan membuat pembedahan.
Pemuda ini membuat pembedahan dengan bangkai kepala anjing yang di’lekatkan ke mukanya. Tetapi ramai yang berpendapat bangkai anjing tadi akan membusuk kerana darah anjing tidak boleh sebati dengan darah manusia.. Dunia semakin gila.







Lukisan 3D

Nie semua lukisan 3d cantik mcm real je...memg hebat orng yang buat nie..




Monday 17 October 2011

Rebus telur tradisional...

Sebuah kedai di wilayah Zhejiang , timur China menjual telur yang direbus dengan air kencing budak sekolah dan ia merupakan resipi tradisonal berusia ribuan tahun. Chef makanan tradisonal, Lu Ming berkata, dia mahu mempromosikan semula makanan tradisional itu sehingga ke peringkat antarabangsa.
Air kencing tersebut dikumpul daripada pelajar sekolah lelaki yang berumur 10 tahun, mereka kencing di dalam sebuah tong dan kami mengambil air itu pada setiap hari. Telur-telur itu akan direbus dalam air kencing tersebut dengan kulitnya. Menurutnya, telur tersebut berasa sedap dan berkhasiat untuk menyembuhkan demam selain meningkatkan konsentrasi serta menghilang rasa mengantuk.


  • kepada sesiapa yang nak cuba boleh la try di rumah...hehehehe

Thursday 13 October 2011

Mentaati Kedua Ibu Bapa

Hadith :
Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya: “ Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.”
 
Riwayat al-Hakim
 


 
Pengajaran hadis:
  •   Tanggungjawab anak terhadap kedua-dua ibu bapa terbahagi kepada dua iaitu tanggungjawab semasa mereka masih hidup dan tanggungjawab selepas mereka meninggal dunia.
  • Semasa kedua-dua ibu bapa masih hidup anak-anak hendaklah berbakti dan berbuat baik kepada mereka kerana ibu bapa adalah orang yang paling banyak berjasa kepada anak. Di antara adab yang mesti dipraktikkan sentiasa ialah berlemah lembut dan berbudi bahasa apabila berkomunikasi dengan mereka, berbelanja untuk keperluan ibu bapa dan menjaga mereka dengan sebaik-baiknya.
  •   Manakala apabila kedua-dua ibu bapa telah meninggal dunia adalah menjadi tanggungjawab anak-anak untuk mendoakan kesejahteraan ibu bapa mereka, menzirahi pusara mereka, melaksanakan nazar mereka yang belum tertunai, menghubungkan silaturahim dengan sahabat handai ibu bapa, mengqadakan puasa yang terhutang, menunaikan haji sekiranya mampu, membaca al-Quran dan melunaskan hutang ibu bapa yang belum langsai semasa hayat mereka.
  •   Sesungguhnya bagi setiap anak, meskipun telah mempunyai keluarga sendiri mereka wajib mentaati dan menghormati kedua-dua ibu bapa. Anak yang tidak mentaati kedua-dua ibu bapa dianggap sebagai anak yang derhaka sedangkan kesalahan menderhaka termasuk di kalangan dosa-dosa besar.
  •   Setiap anak yang derhaka akan dilaknat oleh Allah S.W.T, amalan dan ibadah mereka tidak diterima dan tidak akan mendapat ganjaran yang memungkinkan perbuatan baik yang dilakukan sepanjang hayatnya akan sia-sia. Oleh itu Islam menitikberatkan keredaan kedua-dua ibu bapa agar hidup sentiasa diberkati Allah.